APA UNTUNGNYA BERADA DALAM GABUNGAN?

>> Sunday, August 9, 2009

RAMAI yang bertanya apa untungnya berada dalam gabungan NGO ini? Jawapan saya kepada mereka ringkas: "BERSATU KITA TEGUH, BERSENDIRIAN KITA RAPUH".

Program Gabungan NGO di Rest House Lohan, Ranau pada 25 Julai baru-baru ini misalnya, merupakan satu bukti bahawa dengan bersatu dalam gabungan, kekuatan dapat disatukan, dana dapat disatukan, kepakaran dapat disatukan, banyak yang dapat disatukan. Saya yakin, kalau hanya satu persatuan yang menjemput Tun Abdullah (Pak Lah), rasa-rasanya....Pak Lah datang tak? Kalau hanya satu persatuan meminta akkhbar-akhbar tempatan buat promosi sebelum dan selepas program, rasa-rasanya...pihak media layan tak? Rakyat ambil perhatian tak? Orang datang tak?

Pihak kerajaan pun sukar untuk menyalurkan bantuan kepada persatuan yang rapuh, yang tidak jelas visi dan misi. Tetapi melalui gabungan, saya fikir pihak kerajaan atau orang perseorangan lebih yakin. Melalui gabungan juga 'SUARA LEBIH NYARING DAN BOLEH KEDENGARAN DI PUNCAK GUNUNG, DI PUNCAK ISTANA, DI SERATA NEGARA..." Inilah yang mendorong saya membuat gabungan NGO Sabah ini, dan alhamdulilah....gabungan ini semakin menarik minat bukan hanya NGO tetapi juga rakyat. Pihak pemimpin kerajaan juga semakin menghampiri NGO khususnya gabungan ini kerana melihat keikhlasan dan kesungguhan kami membuat berbagai aktiviti yang membawa makna dan manfaat kepada masyarakat...

0 comments:

PRINSIP GABUNGAN NGO SABAH

"Kita masing-masing NGO, saya ada persatuan, tuan/puan pun ada persatuan. Visi dan misi kita berbeza mengikut persatuan masing-masing, namun kita percaya, ada perkara-perkara tertentu yang kita boleh seia-sekata, sehati-sejiwa, maka dalam situasi dan hal-hal tertentu itulah, saya menyeru NGO-NGO sekalian untuk bersahabat, bergabung dan senada serta selangkah..." - (LT.) ANDROD SADIAN.

INFO PENTING TENTANG GABUNGAN NGO SABAH

Tarikh Lahir : Ogos 2008
Tempat Lahir : Marudu Inn, Kota Marudu
Pengerusi: En. Androd B. Sadian
Penasihat : Datuk Hj. Jirin Saliun
Penaung : En. Mohd Rodhi Daun (Pengerusi Yayasan Aminul Ummah Malaysia, merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia)
Keahlian setakat ini : 33 badan NGO seluruh Sabah

VISI & MISI

Visi
Menjadi sebuah gabungan NGO yang besar, mantap dan kuat agar mampu melaksanakan majlis/program berskala besar yang menguntungkan masyarakat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Misi
* Mengadakan kerjasama antara NGO Sabah - semenanjung
* Mengadakan hubungan baik dengan pihak kerajaan dan
pemimpin politik/ masyarakat/ agensi kerajaan dan swasta
* Menambahkan keahlian
* Menarik minat rakyat menyertai mana-mana badan ngo
* Mempererat kerjasama pintar ngo-ngo seluruh Sabah

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP