INGIN SIARKAN BERITA BERKAITAN NGO?

>> Wednesday, August 12, 2009

Pembaca dialu-alukan untuk menyumbang artikel berkaitan aktiviti NGO disana sini. Jika berminat, boleh hubungi: 0195339378 atau email: http://yomogun@yahoo.com.my.

Read more...

UTARA.FM AKAN BERSIARAN 48 JAM TANPA HENTI...

Kota Marudu, Sabah: Utara.FM, radio rasmi gabungan NGO Sabah akan mencipta rekod bersiaran 48 jam tanpa henti pada 14-16 ogos ini. Menurut Mohd Jasni, pengerusi Utara.FM, objektif utama program ini ialah untuk mempromosikan utara.FM disamping memberi peluang kepada para pemimpin, artis, ketua-ketua jabatan untuk online ke udara menemui para pendengar.

Read more...

HARI KELUARGA AIDIL FITRI TANDEK, KOTA MARUDU

Tandek, Kota Marudu: Beberapa badan NGO sekitar Kota Marudu sedang mengusahakan untuk menganjurkan Hari Keluarga sempena Aidil Fitri pada 25 Oktober 2009. Antara objektif program tersebut ialah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Demikian menurut pengerusi penganjur En. Hasnal Hj. Omar.

Read more...

HARAPAN PENGERUSI GABUNGAN NGO SABAH...

>> Tuesday, August 11, 2009

"SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT..."

Gabungan NGO Sabah bermula dengan "zero". Kini semakin bertambah perkasa berkat keikhlasan para sahabat saya berjuang menarik minat, sokongan dan komitmen NGO-NGO lainnya.
Inilah antara yang saya perkatakan semasa ke udara dalam Utara.FM baru-baru ini. Saya berharap, rakan-rakan NGO lain juga membina harapan yang sama seperti saya. Harapan saya "simple" - saya mahu NGO-NGO di negeri ini saling kerjasama dalam membawa kebaikan, selaras dengan konsep "PERMUAFAKATAN KE ARAH KEBAIKAN"...

Read more...

UTARA.FM - RADIO RASMI GABUNGAN NGO SABAH

>> Monday, August 10, 2009


"BUAT REKOD 48 JAM TANPA HENTI"

Utara.Fm, radio (online) rasmi Gabungan NGO Sabah akan bersiaran 48 jam tanpa henti pada 14-16 Ogos ini bertempat di Marudu Inn, Kota Marudu. Menurut Cikgu Mohd. Jasni, pengerusi Utara.FM, antara lain pengisian acara ini ialah dengan mengundang para pemimpin kerajaan, ketua-ketua jabatan, orang-orang kuat NGO, artis tempatan dan tokoh-tokoh masyarakat untuk ke udara bersama. setakat ini beberapa individu sudah menyatakan kesediaan untuk bersama DJ-DJ Utara.FM. Jangan ketinggalan mendengar Utara.FM pada ketika itu.

"SATU LAGI KHIDMAT NGO UNTUK SEMUA..."
Untuk mendengar radio ini kunjungi:
http://utarasabah.net
http://ngosabah13.blogspot.com
http://marudubloggers.blogspot.com


Read more...

APA UNTUNGNYA BERADA DALAM GABUNGAN?

>> Sunday, August 9, 2009

RAMAI yang bertanya apa untungnya berada dalam gabungan NGO ini? Jawapan saya kepada mereka ringkas: "BERSATU KITA TEGUH, BERSENDIRIAN KITA RAPUH".

Program Gabungan NGO di Rest House Lohan, Ranau pada 25 Julai baru-baru ini misalnya, merupakan satu bukti bahawa dengan bersatu dalam gabungan, kekuatan dapat disatukan, dana dapat disatukan, kepakaran dapat disatukan, banyak yang dapat disatukan. Saya yakin, kalau hanya satu persatuan yang menjemput Tun Abdullah (Pak Lah), rasa-rasanya....Pak Lah datang tak? Kalau hanya satu persatuan meminta akkhbar-akhbar tempatan buat promosi sebelum dan selepas program, rasa-rasanya...pihak media layan tak? Rakyat ambil perhatian tak? Orang datang tak?

Pihak kerajaan pun sukar untuk menyalurkan bantuan kepada persatuan yang rapuh, yang tidak jelas visi dan misi. Tetapi melalui gabungan, saya fikir pihak kerajaan atau orang perseorangan lebih yakin. Melalui gabungan juga 'SUARA LEBIH NYARING DAN BOLEH KEDENGARAN DI PUNCAK GUNUNG, DI PUNCAK ISTANA, DI SERATA NEGARA..." Inilah yang mendorong saya membuat gabungan NGO Sabah ini, dan alhamdulilah....gabungan ini semakin menarik minat bukan hanya NGO tetapi juga rakyat. Pihak pemimpin kerajaan juga semakin menghampiri NGO khususnya gabungan ini kerana melihat keikhlasan dan kesungguhan kami membuat berbagai aktiviti yang membawa makna dan manfaat kepada masyarakat...

Read more...

DARI MEJA PENGERUSI...

>> Sunday, August 2, 2009

NGO (NON GOVERNNMENTAL ORGANISATION)...

Bila sebut NGO, masih ramai orang kampung tidak faham, bahkan salah faham. Ada yang mengertikan NGO sebagai pembangkang, tukang kritik kerajaan bahkan ada yang kata NGO parti politik pula....kasihan, inilah hakikat tahap pemikiran orang-orang kita khususnya di Sabah, terutamanya di luar bandar...

Kasihan. Faktor kasih dan kasihan sesama manusia lah yang banyak mendorong penubuhan berbagai NGO di seluruh dunia, misalnya Persatuan Pencinta Alam, Persatuan St. John, Pengakap, Penderma darah, persatuan Thelesemia, dan sebagainya. Maka adalah wajar NGO/ orang-orang NGO juga dikasihani...dibantu...disokong...

Orang NGO ada ciri-cirinya, sebagaimana Polis dan Tentera ada ciri-cirinya. Orang NGO bersikap bersahaja, low profile (walaupun ada kalangan NGO sebenarnya mempunyai "high profile"), mudah mesra, "touch n go" (yang bermaksud, mudah diajak berunding dan berkerja sebilangan masa), dermawan, tidak berkira sangat (untung-rugi perkara biasa) dan sebagainya...

Read more...

AKTIVITI GABUNGAN NGO SABAH...

>> Thursday, July 30, 2009

(Gambar: Tun Abdullah sedang menandatagani sijil khas pelancaran Utara.FM sebagai radio rasmi Gabungan NGO Sabah)

Rest House Lohan, Lohan Ranau, 25 Julai : Buat julung kalinya gabungan NGO Sabah berkerjasama untuk mengendalikan satu program besar-besaran. Baru-baru ini gabungan NGO Sabah menganjurkan Majlis Jasamu Diabadikan untuk Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan perdana menteri Malaysia yang ke-5 dengan dihadiri oleh lebih kurang dua ribu ahli-ahli NGO Sabah dan orang awam. Dalam majlis tersebut berbagai acara sambilan turut diadakkan, antaranya; persandingan pengantin tajaan Gabungan NGO Sabah, pelancaran radio on-line Gabungan NGO Sabah iaitu Utara.FM, persembahan kebudayaan masyarakat Dusun dan Cina serta persembahan khas kumpulan Gambus Nur Madinah dari Bogor, Indonesia.

Dalam ucapan Tun Abdullah, antara lainnya beliau mengakui peranan badan-badan bukan kerajaan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Menurut ahli-ahli NGO yang sempat ditemuramah, mereka amat bersyukur kerana ada usaha untuk menyatukan badan-badan NGO yang selama ini bergerak bersendirian. Mereka mengharap agar ada lebih banyak program yang dapat dianjurkan bersama untuk kebaikan masyarakat.

Read more...

SEJARAH PENUBUHAN GABUNGAN NGO SABAH...


Selaku pengerusi gabungan ini, saya akan bercakap jujur kerana tuan-tuan/puan-puan dan ngo-ngo lain bakal berfikir berdasarkan mukadimmah yang saya berikan ini.

Idea penubuhan Gabungan NGO Sabah ini dicetuskan oleh sahabat saya, En. Mohd. Rodhi Daud, yang ketika itu pengerusi Yayasan Aminul Ummah Malaysia merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia. Ini berlaku sekitar bulan Ogos tahun 2008. Rakan-rakan NGO khususnya di Semananjung ketika itu begitu sedih, kesal, kecewa, bimbang, marah dan sebagainya dengan apa yang sedang berlaku dalam politik tanah air yang kemudiannya mengamit ngo-ngo di semananjung untuk bergabung bagi menegakkan fakta dan kebenaran atas dasar kasih dan sayang kepada pemimpin yang baik, kepada agama, bangsa dan negara.

Bila mana saya diberi kepercayaan untuk menubuhkan Gabungan NGO Sabah yang bernaung di bawah Yayasan Aminul Ummah ini, maka saya segera mengaktifkan rangkaian para sahabat di seluruh Sabah, dan jalinan kerjasama ini tentunya berakar umbi dari sebelah Utara Sabah. Saya dan sahabat-sahabat sejati saya kemudiannya menjelajah negeri Sabah untuk memberi kefahaman dan kebaikan berada daam satu gabungan.

Saya menerima pelawaan bernaung di bawah Yayasan Aminul Ummah dan bergabung di bawah Gabungan NGO Malaysia kerana menyedari kekuatan, keutuhan, keikhlasan, visi-misi dan matlamat permuafakatan itu. Untuk makluman pembaca, Gabungan NGO Malaysia dianggotai antaranya GAPENA, Ceupes, Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Perajurit, dan badan bukan kerajaan lain yang perkasa. Maka saya tidak nampak sebab mengapa ngo di negeri ini mesti menolak permuafakatan yang murni.

Alhamdulillah, setakat ini jumlah badan ngo yang bersepakat berada di dalam Gabungan NGO Sabah ialah 33 badan, antaranya; persatuan peniaga-peniaga india muslim Sabah, Persatuan Penderma Darah (Kota Marudu), Persatuan 4x4 (Kota Marudu), Persatuan pekebun-pekebun kecil Ranau, Persatuan seni Silat Kuntan Sembilan, Utara.FM (Pitas) dan lain-lainnya.

Saya berharap ada badan/individu/pihak tertentu yang sukarela ikut bermuafakat dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat melalui konsep berbaik-baik dengan semua pihak khususnya pihak kerajaan.

Read more...

PRINSIP GABUNGAN NGO SABAH

"Kita masing-masing NGO, saya ada persatuan, tuan/puan pun ada persatuan. Visi dan misi kita berbeza mengikut persatuan masing-masing, namun kita percaya, ada perkara-perkara tertentu yang kita boleh seia-sekata, sehati-sejiwa, maka dalam situasi dan hal-hal tertentu itulah, saya menyeru NGO-NGO sekalian untuk bersahabat, bergabung dan senada serta selangkah..." - (LT.) ANDROD SADIAN.

INFO PENTING TENTANG GABUNGAN NGO SABAH

Tarikh Lahir : Ogos 2008
Tempat Lahir : Marudu Inn, Kota Marudu
Pengerusi: En. Androd B. Sadian
Penasihat : Datuk Hj. Jirin Saliun
Penaung : En. Mohd Rodhi Daun (Pengerusi Yayasan Aminul Ummah Malaysia, merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia)
Keahlian setakat ini : 33 badan NGO seluruh Sabah

VISI & MISI

Visi
Menjadi sebuah gabungan NGO yang besar, mantap dan kuat agar mampu melaksanakan majlis/program berskala besar yang menguntungkan masyarakat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Misi
* Mengadakan kerjasama antara NGO Sabah - semenanjung
* Mengadakan hubungan baik dengan pihak kerajaan dan
pemimpin politik/ masyarakat/ agensi kerajaan dan swasta
* Menambahkan keahlian
* Menarik minat rakyat menyertai mana-mana badan ngo
* Mempererat kerjasama pintar ngo-ngo seluruh Sabah

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP