
Selaku pengerusi gabungan ini, saya akan bercakap jujur kerana tuan-tuan/puan-puan dan ngo-ngo lain bakal berfikir berdasarkan mukadimmah yang saya berikan ini.
Idea penubuhan Gabungan NGO Sabah ini dicetuskan oleh sahabat saya, En. Mohd. Rodhi Daud, yang ketika itu pengerusi Yayasan Aminul Ummah Malaysia merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia. Ini berlaku sekitar bulan Ogos tahun 2008. Rakan-rakan NGO khususnya di Semananjung ketika itu begitu sedih, kesal, kecewa, bimbang, marah dan sebagainya dengan apa yang sedang berlaku dalam politik tanah air yang kemudiannya mengamit ngo-ngo di semananjung untuk bergabung bagi menegakkan fakta dan kebenaran atas dasar kasih dan sayang kepada pemimpin yang baik, kepada agama, bangsa dan negara.
Bila mana saya diberi kepercayaan untuk menubuhkan Gabungan NGO Sabah yang bernaung di bawah Yayasan Aminul Ummah ini, maka saya segera mengaktifkan rangkaian para sahabat di seluruh Sabah, dan jalinan kerjasama ini tentunya berakar umbi dari sebelah Utara Sabah. Saya dan sahabat-sahabat sejati saya kemudiannya menjelajah negeri Sabah untuk memberi kefahaman dan kebaikan berada daam satu gabungan.
Saya menerima pelawaan bernaung di bawah Yayasan Aminul Ummah dan bergabung di bawah Gabungan NGO Malaysia kerana menyedari kekuatan, keutuhan, keikhlasan, visi-misi dan matlamat permuafakatan itu. Untuk makluman pembaca, Gabungan NGO Malaysia dianggotai antaranya GAPENA, Ceupes, Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Perajurit, dan badan bukan kerajaan lain yang perkasa. Maka saya tidak nampak sebab mengapa ngo di negeri ini mesti menolak permuafakatan yang murni.
Alhamdulillah, setakat ini jumlah badan ngo yang bersepakat berada di dalam Gabungan NGO Sabah ialah 33 badan, antaranya; persatuan peniaga-peniaga india muslim Sabah, Persatuan Penderma Darah (Kota Marudu), Persatuan 4x4 (Kota Marudu), Persatuan pekebun-pekebun kecil Ranau, Persatuan seni Silat Kuntan Sembilan, Utara.FM (Pitas) dan lain-lainnya.
Saya berharap ada badan/individu/pihak tertentu yang sukarela ikut bermuafakat dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat melalui konsep berbaik-baik dengan semua pihak khususnya pihak kerajaan.
Read more...