(Gambar: Tun Abdullah sedang menandatagani sijil khas pelancaran Utara.FM sebagai radio rasmi Gabungan NGO Sabah)
Rest House Lohan, Lohan Ranau, 25 Julai : Buat julung kalinya gabungan NGO Sabah berkerjasama untuk mengendalikan satu program besar-besaran. Baru-baru ini gabungan NGO Sabah menganjurkan Majlis Jasamu Diabadikan untuk Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan perdana menteri Malaysia yang ke-5 dengan dihadiri oleh lebih kurang dua ribu ahli-ahli NGO Sabah dan orang awam. Dalam majlis tersebut berbagai acara sambilan turut diadakkan, antaranya; persandingan pengantin tajaan Gabungan NGO Sabah, pelancaran radio on-line Gabungan NGO Sabah iaitu Utara.FM, persembahan kebudayaan masyarakat Dusun dan Cina serta persembahan khas kumpulan Gambus Nur Madinah dari Bogor, Indonesia.
Dalam ucapan Tun Abdullah, antara lainnya beliau mengakui peranan badan-badan bukan kerajaan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Menurut ahli-ahli NGO yang sempat ditemuramah, mereka amat bersyukur kerana ada usaha untuk menyatukan badan-badan NGO yang selama ini bergerak bersendirian. Mereka mengharap agar ada lebih banyak program yang dapat dianjurkan bersama untuk kebaikan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment